Nama sekolah ini mengambil nama tempat sekolah didirikan
iaitu Kepala Batas. Kepala Batas dikatakan berasal daripada pemberian nama
kepada satu kawasan tebing Sungai Kedah yang menjadi sempadan antara daerah
Kota Setar dengan Kubang Pasu oleh pengguna-pengguna jalan darat (pejalan kaki,
penunggang gajah, kereta lembu dan kereta kerbau) dan sungai (pendayung sampan
dan perahu) yang berhenti berehat atau menambat sampan serta perahu mereka.
Sebuah Sekolah Pelajaran Jawi ditubuhkan dan dibangunkan
oleh penduduk tempatan pada tahun 1905 atas saranan YTM Tengku Yahaya bin
Tengku Zainol Abidin selaku Penguasa Pelajaran pada masa pemerintahan YTM
Tengku Abdul Aziz merangkap Raja Muda Kedah. Asalnya sekolah ini dibina di atas
tanah kepunyaan Tengku Sulong tetapi kemudiannya dipindahkan ke tapak kilang
papan sekarang ini kerana Tengku Sulong tidak suka sekolah dibina di atas
tanahnya.
Pada tahun 1911, kerajaan telah mendirikan pula sebuah
sekolah di tapak mangunan masjid sekarang. Semasa perang dunia kedua, tentera
Jepun telah menggunakan sekolah ini sebagai pusat pasukan tenteranya. Maka
sekolah pun berpindah ke tapak yang ada sekarang. Namun selepas British kembali
berkuasa pada tahun 1945 sekolah ini ( semasa itu bernama Sekolah Melayu Kepala
Batas) berpindah sekali lagi ke Tok Jalai iaitu di bangunan kilang Beras yang
berdindingkan pelupuh dan beratapkan nipah.
Pada tahun 1951 berlaku sekali lagi perpindahan iaitu ke
tapak yang ada sekarang ini apabila kerajaan mendirikan sebuah bangunan 5 bilik
darjah berlantai simen, berdinding papan dan beratap zink setelah pihak
kerajaan kesempitan kewangan. Pada tahun 1961 bagunan ini telah digantikan oleh
kerajaan dengan bangunan 6 bilik darjah yang berlantaikan simen, berdinding
papan dan beratap asbestos iaitu bangunan B sekarang.
Pada tahun 1975, kerajaan pula sebuah bangunan tambahan 10
buah bilik darjah, pejabat, bilik guru besar, bilik penolong kanan dan bilik
guru yang lengkap dengan tandas dan stor, iaitu bangunan C sekarang ini. Juga
didirikan sebuah kantin dan sebuah rumah guru. Manakala pada tahun 1988 pula
bangunan D dengan 4 bilik darjah pula didirikan bagi menampung murid yang kian
bertambah.
Pada tahun 2001 dua buah bangunan dua tingkat mengandungi
bilik darjah, bilik kemahiran hidup dan bilik seni telah dibina dan siap pada
tahun 2003.
Demikianlah sekolah
yang terbina di atas tanah seluas 4 ekar (5 relong 360 jemba) ini meniti
sejarahnya sejak awal penubuhannya sehingga sekarang. Sepanjang tempoh itu
sudah beribu murid telah dididik oleh ratusan guru yang bersilih ganti.
Mengikut rekod, seramai 23 orang Guru Besar telah menyumbangkan khidmat bakti
sejak tahun 1946.
Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia